yang ni la budak muhibbah travel tu!!!!

SIAPA MIRWAN

Pada tahun 1989 iaitu diyakini selepas Malaysia merdeka, seorang perempun tua (bagiku, muda) telah dibari amanah daripada Allah. Amanah tersebut telah diberikan lebih awal daripada 25 hb 04 1989 tetapi telah dilahirkan pada tarikh tersebut. Daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai beliau telah di bawa menggunakan sebuah kenderaan iaitu Van keluaran Toyota (terima kasih Toyota) ke hospital yang terletak di Bandar Miri. Lahirlah seorang bayi yang agak ‘comel’ (boleh dikatakan comel) daripada agama Islam dan berbangsa Bugis. Pada mulanya ramai yang  menyatakan aku ni bukan  keturunan bugis kerana berkulit agak putih sedikit namun pada hakikatnya berkulit gelap juga (*kalau orang buta melahirkan anak , tak kan anaknya mesti buta juga kan. Sama juga dengan saya takkan mesti hitam juga walupun hakikat area hitam juga). Daripada cerita pak cik dan mak cik ku, mereka menyatakan namaku yang diberi oleh nenek adalah Mirwandi tetapi ayah ku telah menukarkannya kepada Mirwan tanpa pengetahuan nenek ku. Dia hanya sedari namaku adalah Mirwan bin Muhammad bukan Mirwandi apabila aku telah masuk darjah 2 atau 3 (lebih kurang *agak-agaklah). Kampung halaman ku adalah terletak  di Kampung Muhibbah Ladang 3, Jalan Miri/Bintulu 98200 Miri Sarawak. Ia merupakan kampung yang agak indah dengan dikelilingi pokok sawit, pokok pisang, pokok salak,kilang sawit dan juga ladang perternakan MAJUTERNAK (terdapat lembu, kambing, unta, rusa & dsb). Sebelum aku masuk belajar di sekolah rendah, ibu ku merupakan seorang tukang masak di rumah manager kilang di ladang tiga. Selepas itu, beliau telah berhenti dan telah menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kami  adik beradik (Mirwan, Alfian, walaupun yang lain belum lahir lagi. Irwan juga dijaga). Ayah ku merupakan seorang petani yang melakukan aktiviti berkebun pisang, salak, durian, rambutan dan lain-lain lagi. Pada masa ayah ku masih berkebun pisang aku selau mengikutinya untuk menjual buah pisang di kawasan jualan di pasar miri (sekarang tempat tapak Pakson yang baru). Aku telah belajar di Pra Sekolah (tadika KEMAS) di kawasan kilang ladang 3. Aku merupakan seorang pelajar yang bermasalah kerana pelajar  jenis yang malas, namun telah dibantu oleh guru dan rakan baik iaitu saudara Nuh. Terima kasih Nuh. Selepas habis pra sekolah akhirnya aku telah di terima masuk di sebuah sekolah rendah di kawasan tersebut iaitu Sekolah Kebangsaan  Kelapa Sawit No. 4 Subis. Ia merupakan sebuah sekolah rendah kawasan pedalaman (walaupun berhampiran dengan jalan raya utama) dengan tenaga pengajar yang bersemangat  untuk mengajar anak bangsa walaupun bukan sebangsa dengan mereka tetapi  senegara dengan mereka. Antara guru yang mengajar pada masa tersebut adalah Cikgu Endon, Cikgu Mastura, Cikgu Bujang, Cikgu Norlida, Cikgu Sahrin, Cikgu Mawar dan banyak lagi. *Maaf kalau ada tersalah ejaan nama. Aku telah ditempatkan di kelas 1A, 2A, 3A, 4A, 5A sehingga aku dipindahkan ke kelas 6D semasa darjah 6. Semasa sekolah rendah, aku bukanlah seorang pelajar pintar sehinggakan keputusan UPSR ku sendiri, aku tidak seberapa berkenan.

Sekali lagi aku malanjutkan pelajaran ke sekolah menengah iaitu sekolah  yang berdekatan kerana keluarga ku bukan jenis yang mampu membiayai kos persekolahan ku, walaupun mempunyai niat ke sekolah lain (dalam diam2). Namun seperti kata perangsang ayah ku, iaitu “di manapun kita belajar, sekolah jenis apa pun, status apa pun orang itu, kejayaan hanya mampu dicapai oleh orang yang ingin BERJAYA”. Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar Miri merupakan sebuah sekolah yang agak lama semasa aku belajar di sana (kalau dulu lama sekarang semakin lama), tetapi tenaga pengajar  yang mengajar adalah daripada tenaga muda walau pun cikgunya kebanyakannya tua-tua. Namun demikian, kami warga SMK LBM patut berbangga kerana mempunyai guru-guru yang berkaliber dan mendapat penghargaan guru terbaik. Kelas yang paling aku tidak dapat lupakan semasa belajar di sana adalah kelas 4 dan 5 Sains iaitu kelas terakhir ku dimana aku di ajar oleh guru-guru yang terbaik di sekolah tersebut seperti, Cikgu Kowangit, Cikgu J.P Hwang, Miss Loh, Ustad Fauzi dan lain-lain lagi.*maaf jika salah ejaan. Di sekolah tersebut aku telah belajar bagaimana untuk menjadi seseorang, dimana kita buakan hanya belajar tetapi juga belajar untuk berfikir. Selepas keputusan SPM dikeluarkan aku mendapat keputusan yang boleh dikatakan sedang-sedang namun aku telah berpuas hati, bukan untuk keputusan tersebut tetapi usaha yang aku lakukan untuk menjadi lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Dengan keputusan yang ada aku telah melanjutkan pelajaran ke Politeknik Mukah dengan mengambil Kursus Diploma Kejuruteraan Elektronik. Berbekalkan ilmu yang ada aku merantau ke tempat orang hanya kerana untuk mencari sedikit ilmu (bertapa mahalnya ilmu). Satu keadaan yang kita perlu ambil berat  semasa merantau ke tempat orang adalah bahasa, kerana selama ini aku berkomunikasi dengan orang lain adalah dengan cara ala-ala bugis. Hal ini menyebabkan aku terpaksa belajar dalam diam, bahasa yang kebiasaan orang lain guna iaitu bahasa melayu Sarawak (kamik, kitak, ) (kemahiran berbahasa juga penting dipelajari).  Selain itu, kemahiran menggunakan peralatan canggih (computer) adalah menjadi cabaran terbesar yang perlu dipelajari segera kerana selama aku berada di kawasan ladang di Miri, jarang sekali aku menggunakan peralatan seperti computer. Sehinggakan ada satu kejadian aku diketawakan  oleh seorang peremuan kerana aku tidak tahu menggunakan computer (perempuan gik yang ketawakan, malu…malu). Kini aku sudah agak mahir menggunakan computer dan sentiasa mempertingkatkan diri agar tidak ketinggalan dek arus zaman.

Continue……

“Jika engkau boleh, jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak boleh menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau benci mereka.” (Umar bin Abdul Aziz)

nuffnang_bid = “2686dc65b76996f81e01dda6da5a70cd”;

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: