yang ni la budak muhibbah travel tu!!!!

February 10, 2010

kampung muhibbah beruntung

Filed under: INFO — MIRWAN @ 6:00 pm

yg atas ni adalah jentera yg geng saya guna utk keluarkan buah sawit…utk lumba jga boleh ni..
kampung saya dekat je dgn kilang sawit. jd ada keistemewan la sikit kampung saya ni…

mahu tahu berita tentang kilang tu…baca je berita di bawah ni….copy n paste je..

MIRI: Kilang kelapa sawit milik Sarawak Plantation Berhad (SPB) di Niah berkemampuan memproses sebanyak 720,000 tan tandan buah kelapa sawit segar (FFB) setahun setelah dinaiktaraf sebagai kompleks pemperosesan yang moden.

Dengan perbelanjaan menaik taraf sebanyak RM61 juta, kilang ini berupaya memproses sebanyak 120 tan FFB dalam tempoh sejam berbanding 60 tan sejam di kilang lama.

Projek menaik taraf telah dimulakan pada Februari 2007 dan operasi komersil pertama setelah dinaiktaraf bermula 20 Disember lalu.

Kilang ini terletak di kilometer 75 jalan Miri-Bintulu dan telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada majlis penuh meriah semalam.

Hadir sama ialah isteri, Puan Sri Laila Taib, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Peter Chin Fah Kui dan Menteri Pembangunan Tanah, Dato Sri James Jemut Masing. Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif SPB, Datuk Hasmi Hassan dan Pengarah Urusan SPB, Mohamad Bolhair Reduan.

Taib dalam ucapannya menyampaikan ucap tahniah kepada SPB di atas usahanya menukar wajah kilang itu yang juga mesra alam serta usaha aktifnya menggalak penyertaan penduduk di bahagian Miri dan Bintulu terlibat dalam penanaman kelapa sawit secara komersil.

Beliau juga berbangga kerana SPB telah berjaya meningkatkan keuntungan dari RM60 juta pada tahun 2006 kepada lebih RM70 juta pada tahun lalu.

Ini menunjukkan bahawa pengurusan SPB adalah pengurusan yang baik, pekerja atas dan bawah telah berusaha bersungguh-sungguh. SPB beruntung dapat dua daripada pengusaha bumiputera yang terkemuka di Sarawak iaitu Hamed Sepawi (Pengarah Eksekutif) dan Hasni Hasnan.

Mereka telah berjaya untuk menyusun semula Sarawak Palm Oil (SOP) dahulu yang mempunyai banyak masalah menjadi satu syarikat `public interest company??? dan syarikat kini mempunyai lebih 60,000 ekar tanah kelapa sawit dalam 13 estet, katanya.

Mereka sedang mengusaha hampir 4,000 ekar estet bumiputera supaya memajukan lagi orang yang ada niat baik berniaga dengan mereka dan dapat untung daripada kerjasama dengan mereka,??? jelasnya.

Menurut Taib, kerajaan perlu membuka lebih banyak tanah di luar bandar untuk dibangunkan sebagai pusat pertanian komersil yang memberi peluang pekerjaan baru kepada rakyat khasnya belia.

Mengulas lanjut, dalam tahun 60 an, kerajaan tidak dapat membuka kebun sampai 3,000 ekar dalam tempoh lima tahun dan dalam tahun 70 an hanya Sarawak Oil Palm (SOP) yang dapat membuka hampir 50 ribu ekar untuk penanaman kelapa sawit. Inilah adalah tidak cukup bagi mengusahakan kemajuan dalam negeri kita dalam bidang pertanian yang boleh mengangkat taraf hidup rakyat. Kita perlu buka tanah baru, jelasnya. Kini, Taib bersyukur kerana banyak tanah di luar bandar yang sebelum ini hutan rimba telah bertukar menjadi ladang kelapa sawit yang menguntungkan rakyat.

Beliau berbangga dengan kejayaan salah seorang kaum Penan, Datuk Hassan Sui dalam industri kelapa sawit dan berharap dapat dicontohi kaum bumiputera lain.

Hassan kini mempunyai estet sendiri dan boleh mengeluar sampai 70,000 tan buah kelapa sawit setiap tahun

Ini telah menunjukkan bagaimana kita?? telah pun menukar kawasan ini daripada kawasan yang dulunya mundur menjadi kawasan yang mengeluarkan hasil yang baik bagi rakyat di luar bandar,??? katanya lagi.

Majlis turut menyaksikan penyerahan pembayaran dividen RM500,000 kepada peserta projek Jambatan Suai NCR dan RM486,000 hasil jualan FFB kepada peserta Estet Mini Kelapa Sawit di Lot 86 Bukit Kisi.

SPB juga menyampaikan sumbangan kepada PIBG SK Kelapa Sawit 2,3,4 dan 5, PIBG SK SLDB No 1 dan 3 Mukah dan PIBG Sri Duan Mukah yang masing-masing menerima RM5,000. SPB juga menderma sebanyak RM20,000 kepada Jawatankuasa Surau Darul Iman Kampung Satap.

Seramai lebih 5000 tetamu terdiri dari kakitangan SPB dan penduduk dari kawasan sekitar menghadiri majlis itu.

###sebelah je tu..beruntung tinggal di kampung muhibbah ni…..banyak peluang perkerjan..
maju la sawit untuk kita..

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: