yang ni la budak muhibbah travel tu!!!!

December 16, 2009

Busana Malaysia

Filed under: INFO — MIRWAN @ 12:37 am

Busana Kaum India

Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya pemakaian dari benua India khususnya di kalangan Hindu-Ceylonese-Tamil juga keturunan Punjabi-Singhs. Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata.

Busana Sabah

Gelaran “Negeri di Bawah” Bayu” membayangkan kedudukan negeri Sabah bukan sahaja dari sudut geografi tetapi juga keindahan yang tersirat di sebalik negeri yang kaya dengan adat tradisi, budaya, sejarah dan rupa buminya yang kehijauan serta luas mata memandang.

Busana Kedah

Kedah juga dikenali dengan nama “Kadaram” dan “Kataha”. Pengasas kerajaan Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa yang juga memerintah Patani, Perak dan Siam.

Busana Perlis

Perlis sebuah negeri yang kecik dari segi keluasan tetapi kaya dari segi adat dan budaya. Busana tradisional seperti Kebaya Labuh dipadan dengan kain songket diikat kuncup dengan kepala kain diletak di depan dipadankan juga kain sutera mahupun batik. Tambah anggun dengan dokoh bertingkat dan cucuk sanggul.

Busana Perak

Seluar Acheh sutera bertenun benang emas, berkain samping diikat di pinggang dengan tali pinggang dan pending, berbaju leher cekak musang diserikan dengan selendang panjang dilampaikan di bahu kanan dan hujung selendang yang sebelah lagi disangkutkan di lengan kiri merupakan persalinan terkenal Puteri Perak.

Busana Selangor

Busana bangsawan Bugis banyak mempengaruhi busana tradisional rakyat Selangor. Kain sarung Bugis terkenal sebagai busana kaum wanita yang dipakai dengan Baju Kebaya Labuh. Manakala kaum lelaki pula bergaya dengan Baju Sikap sut padanan lima dilengkapi tengkolok, baju, seluar, bengkung dan kain samping tenunan Bugis bergarus atau bertelepuk perada emas warisan keluarga bangsawan Bugis.

Busana Wilayah Persekutuan

Sesuai dengan status dan terdiri dari bandaraya Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Wilayah Persekutuan menyaksikan kepelbagaian pakaian masyarakat Malaysia. Meskipun dimeriahi dengan masyarakat majmuk yang dikelilingi arus pembangunan pesat dan menjadi kebanggaan Malaysia, namun pakaian tradisional masih kekal segar diwarisi masyarakatnya sehingga ke hari ini.

Busana Melaka

Jika setiap kaum mempunyai identiti pakaian yang tersendiri, maka negeri Melaka tempat terhimpunnya budaya pelbagai kaum. Kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan kosmopolitan di abad ke-15 menerima bukan sahaja barangan emas, tetapi bahan tekstil seperti sutera dan broked juga mendapat perhatian.

Busana Johor

Kedudukan Johor sebagai pusat perdagangan menyaksikan percikan pengaruh luar seperti dari Bugis, Minangkabau, Aceh dan Jawa bergabung menjadi teras budaya berpakaian Kerajaan Melayu Johor-Riau. Reka bentuk Baju Melayu Teluk Belanga dan cara memakai samping dagang luar dan dagang dalam menonjolkan ciri-ciri khas gaya berbusana Melayu Johor.

Busana Pahang

Riau dan pahang dua buah negeri yang berjauhan namun Bajau Riau Pahang menyingkap pertalian sejarah antara kedua negeri tersebut. Perhubungan politik dan sosio budaya yang terjalin sewaktu zaman kerajaan Melayu Melaka terserlah dengan terciptanya potongan pakaian Baju Riau Pahang yang dikenali juga sebagai Baju belah atau Baju Kebaya Turki. Potongan baju ini begitu unik dan istimewa. Berbeza dengan pesak Baju Kurung, kedua-dua bahagian tepi baju berpesak kembang yang disambungkan kekek gantung. Baju berkolar tinggi ini amat menarik sekali dipakai dengan tujuh atau sembilan butir butang.

Busana Kelantan

Legenda Cik Siti Wan Kembang, seorang Raja Perempuan yang memerintah negeri Kelantan di dalam kurun ke-17 menyaksikan keindahan pakaian yang tetap anggun dan manis dipakai oleh kaum wanita Kelantan. Menggunakan tiga helai kain, sehelai kain sarung songket dipakai di pinggang, sehelai kain sutera panjang dibelit di dada sebagai kemban, sehelai selendang songket panjang dilampaikan di bahu dan diperindah pula dengan perhiasan gerek seperti cucuk sanggul, dokoh, pending, tali pinggang dan gelang tangan.

Busana Sarawak

Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragamhias yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragamhias pasa pakaian membentuk motif-motif etnik samada dari tenunan, jalian manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya.

Busana Negeri Sembilan

Budaya Minangkabau terserlah indah pada busana tradisional Negeri Sembilan. Sejarah asal usul kaum Minang di Negeri Sembilan yang berhijrah dari Pagar Ruyung pada kurun ke-15 di zaman kesultanan Melayu Melaka memungkinkan adat istiadat dan budaya berpakaian dari Sumatera Barat kekal segar dalam masyarakat Negeri Sembilan sehingga kini.

Busana Pulau Pinang

Pulau Pinang negeri yang kaya dengan warisan sejarah ini mempamerkan percikan pengaruh budaya yang diterima. Sejarah juga menyaksikan orang-orang asing seperti dari China dan India sebagai pedagang dan mencari kehidupan. Sehingga ke hari ini suasana budaya dan adat tradisi masyarakat Pulau Pinang dimiliki oleh tiga kaum terbesar di Pulau Mutiara itu iaitu kaum Melayu, Cina dan India.

Busana Terengganu

Terengganu sebuah negeri di Panatai Timur, terkenal dengan pembuatan songket selain dari kaya dengan hasil laut juga perusahaan logam seperti tembaga dan perak. Di sinilah berhimpunnya seniman-seniman Melayu dahulu yang mencurahkan kreativiti dan kemahiran dalam menghasilkan kraftangan orang Melayu yang amat membanggakan.

Busana Kaum Cina

Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagi pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kula Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: