yang ni la budak muhibbah travel tu!!!!

November 28, 2009

Mutiara Kata

Filed under: Seindah kata seindah syurga.. — MIRWAN @ 8:14 pm

Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al-Khattab

Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.

Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.

Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.

Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap

Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.

Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.

April 9, 2010

Enjin carian membayar kita?

Filed under: INFO — MIRWAN @ 10:38 am

Ada enjin carian yang ingin mencabar YAHOO, GOOGLE???
saya nak kongsikan tentang enjin carian yang akan membayar kita, bagai mana tu?
iaitu dengan setiap kali kita membuat carian.
Jom kita join MYLOOK sebagai ganti google…MYLOOK berfungsi seperti mana GOOGLE… iaitu sebagai sebuah medan untuk searching apa sahaja yg kita mahu……tetapi itu terserah dari kita, sama ada ingin menggunakannya @ tidak…..tetapi tidak salah kan kita mencuba benda baru….lagi pun ia free Cuma perlu daftar kat url ni…http://mylook.com/join.php?x=32706

MYLOOK akan membayar 0.22dolar untuk setiap 1 search dimana limit sehari yg dibenarkan untuk search ialah sebyk 5 kali. So kita akan dapatla 1.10$ sehari. Sape nak bagi kan??? Benda ni baru lagi tak sampai sebulan. Nak kata tipu tengok register web dia makan masa berbelas tahun untuk jangka panjang tu..
Perkenalkan rakan rakan menggunakannya,kita juga akan dapat imbuhan $$$.Pendaftaran adalah percuma!

TUNGGU APA LAGI JOM LA CUBA.. Cara bayaran kita tunggu email daripada MYLOOK nanti.. Manalah tahu 1 day bleh lawan Yahoo dan Google……..
*****SAYA SEDANG MENCUBANYA, TETAPI BELUM TERIMA PEMBAYARAN CESH*****
*****SIAPA TAHU BENAR2 DAPAT, TAK SALAH MENCUBA, LAGI PUN IA NYA FREE****
Selamat mencuba, jadilah yg terawal. Peluang hanya datang sekali. Jangan lepaskan peluang ini
http://mylook.com/join.php?x=32706

April 3, 2010

anak saya….anak cemerlang ke???

Filed under: INFO — MIRWAN @ 2:47 am

bukannya nak mengajar cuma nak berkongsi ilmu….kalau saya anak pun gerek pun belum ada apa tah lagi anak. tetapi, adakah saya merupakan anak yang baik. kalau baik..syukurla, kalau jahat, jahat sangat…tegur2 la.

Sebenarnya tiada suatu pun formula yang ideal dalam usaha membentuk anak-anak untuk menjadi orang yang cemerlang kerana setiap anak itu memiliki keistimewaannya yg tersendiri yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t.

Merujuk kepada satu hadith sahih dari Rasulullah s.a.w, mathumnya :
Ada 4 tahap dalam mendidik anak-anak iaitu :

Dari bayi hingga ke usianya 7 tahun
Pada masa ini, anak hendaklah disayangi dengan sepenuh hati oleh ibubapa. dibelai dengan penuh kasih sayang, diajak bermain, bergurau dan seumpamanya dijaga seperti menatang minyak yang penuh.
Natijahnya agar anak sentiasa sedar dan fikir bahawa ibu bapa adalah rujukan terbaik
bagi mereka dalam semua hal yang mereka hadapi.

Dari usia 8 hingga 14 tahun
Dalam pada anak diasuh dengan penuh kasih sayang, anak mesti dididik dengan penuh disiplin dan diajarkan tentang pengagihan tanggungjawab tak kira di rumah atau pun di sekolah.

Dari usia 15 hingga 21 tahun
Ketika ini anak hendaklah didekati secara berkawan. Ibu bapa tidak lagi boleh marah-marah yang melampau pada anak kerana jiwa remaja mereka akan memberontak.
Jangan sesekali mengherdik apalagi memukul anak-anak tersebut.

Dari usia 21 ke atas
Berikan kebebasan kepada anak dalam membuat keputusan sendiri atas apa yang ingin mereka kerjakan. Dalam pada itu, ibu bapa mesti sentiasa pantau, pesan, doa dan nasihat anak tersebut semoga hala tuju mereka betul.
Hasil dari rujukan kepada Al-Quran, As-Sunnah dan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar dalam bidang ini, di bawah disenaraikan 21 kaedah terbaik dalam membentuk anak-anak kita menjadi orang yang cemerlang.

1. Mendidik anak dengan pesanan dan arahan setiap hari bersesuaian dengan tindak tanduk dan amalan yang ibu bapa inginkan. Jangan sesekali bosan dalam memberi pesanan kepada anak-anak. Menurut satu kajian, standard memberi pesanan dan arahan pada anak-anak pada setiap hari adalah sebanyak 200 kali. Barulah anak tersebut akan dapat dibentuk rutin kehidupannya mengikut apa yang ibu bapa mahu.

2. Banyakkan bercerita dengan anak-anak atas apa jua perkara yang baik-baik. Boleh mengambil iktibar dari Quran, kisah para rasul dan para sahabat. Malah ibu bapa pun boleh mereka cerita mereka sendiri. Yang pentingnya, ianya mestilah punya natijah yang boleh diteladani dan jangan sesekali bercerita tentang hal yang melalaikan.

3. Selalu bersoal jawab dengan anak-anak secara istiqamah (berterusan). Bertanya kepada anak tentang hal yang telah dilaluinya sepanjang hari dan apa pula yang telah dilakukannya. Dan bila anak bertanya pula, ambil kira setiap soalan yang diajukan dan sentiasa berusaha menjawab semua soalan tersebut secara hikmah.

4. Mendidik anak dengan merujuk kepada pengalaman yang telah lalu yang pernah dirasai oleh ibu bapa. Juga boleh mengambil iktibar dari pengalaman orang lain baik yang negatif mahupun positif. Ini akan lebih mudah menjelaskan mesej yang hendak disampaikan kepada anak-anak.

5. Mengasuh anak-anak melalui nasihat dan teguran . Nasihat dan teguran berlainan sedikit dengan pesanan dan arahan yang perlu dilakukan setiap hari. Nasihat dan teguran dibuat sesekali sahaja supaya anak tidak cepat bosan. Mungkin dalam seminggu sekali atau dua kali sahaja. Nasihat dan teguran adalah lebih menjurus kepada pembentukan:
• Aqidah anak-anak tersebut
• Ibadah dan amalan hariannya
• Akhlaknya
• Kerjasama di dalam dan di luar rumah
• Tanggungjawab yang perlu ada dalam dirinya
• Kesihatannya
• Sangka baik dalam diri
• Suci hatinya pada Maha Pencipta dan makhluk disekelilingnya

6. Banyakkan bermain dan bergurau dengan anak-anak dan sentiasa selitkan unsur-unsur nasihat yg bermanfaat di dalamnya.

7. Banyakkan memberikan latihan dan tugasan kepada anak-anak termasuklah dalam kerja-kerja di rumah. Tugasan diberikan mengikut usia, tahap kemampuannya dan bersesuaian dengan jantina anak itu. Kerja tersebut juga hendaklah diberikan mengikut waktu yang sesuai dan kena pada tempatnya. Sentiasa pantau kerja yang dilakukannya dan segera perbetulkan mana-mana kesalahan atau tabiat yang tak elok. Jangan kutuk anak kalau mereka buat salah dalam tugasannya dan jika memuji anak biar berpada-pada.

8. Amalan dan tindak tanduk ibu bapa menjadi contoh kepada anak-anak.

• Ibu pada yang sederhana memberitahu anak-anak apa yang mereka perlu lakukan.
• Ibu bapa yang baik memberikan penjelasan tentang apa yang dia minta anak dia buat.
• Ibu bapa yang cemerlang memberikan contoh tentang sesuatu perkara yang diberitahu dan dijelaskan kepada anaknya.
• Manakala ibu bapa yang mithali, sentiasa menggerakkan anak-anaknya untuk menjadi manusia cemerlang.

9. Sentiasa memberikan galakan dan amaran pada anak-anak iaitu dorongan ke arah yang positif dan berikan hukuman bila anak buat kesalahan dengan hikmah. Menurut kajian pakar-pakar psikologi, galakan diberikan 80% dan 20% lagi untuk amaran. Galakan yang banyak akan jadikan anak-anak lebih ceria dan anak-anak yang ceria lebih menjurus ke arah individu yang cemerlang.

10. Lakukan suruhan dan gesaan pada anak-anak dengan tidak perlu berulang-ulang kali memberikan peringatan. Gesaan dilakukan pada anak dengan sekali arahan sahaja. Ibu bapa perlu ada tindak susul pada anak atas apa yang diminta lakukan. Jika ibu bapa perlu beritahu anak banyak kali dalam sesuatu hal pada sesuatu masa, ia ditakuti akan boleh menjadikan anak seorang yang degil

11. Ambil berat kebajikan anak-anak. Ibu bapa perlu tunaikan hak-hak anak yang sewajarnya. Ibu bapa mesti menyediakan keperluan yang munasabah untuk anak-anak yang mana anak tersebut layak terima dan sesuai dengan kemampuan ibu bapa tersebut.

12. Ibu bapa gunakan firasat dan gelombang minda dalam mendekati anak-anak. Tak perlu tunggu anak menceritakannya pada ibu bapa bila berdepan dengan sesuatu masalah. Praktikalnya amat penting terutama bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sensitif yang mudah tersentuh hatinya. Allah berikan kehebatan ini pada ibu terutamanya dalam menyelami hati budi seseorang anak. Gunakan juga kaedah ini untuk menasihati anak-anak pada sepanjang masa.

13. Menjana keyakinan dan kekentalan diri anak. Ulama dan ahli psikologi menyarankan bahawa antara perkara yang boleh dilakukan dan dilatih pada anak-anak termasuklah :
• ajar anak-anak menyimpan rahsia
• latih anak-anak berpuasa
• bentuk kemahiran sosial anak, contohnya dalam cara berkawan yang betul
• luaskan ruang lingkup pembacaannya supaya pengetahuan amnya hebat dengar pendapat anak
• ajarkan anak cara membuat keputusan yang baik dalam sesuatu hal memberikan pujian pada anak-anak berpada-pada
• ajar mereka cara berniaga

14. Kenalpasti kecenderungan dan minat anak-anak. Selain dari memerhatikan sendiri anak- anak tersebut, boleh juga bertanya kepada guru atau rakan tentang hobi anak-anak, mungkin ada yang ibu bapa terlepas pandang. Pupuk minat mereka supaya mereka selalu gembira kerana anak yang ceria mudah jadi orang yang cemerlang.

15. Pilih waktu yang sesuai dalam menasihati anak-anak . Waktunya termasuklah ketika :
• masa rehat dan bersantai dengan anak-anak
• beriadah atau berikreasi dengan anak-anak
• di dalam perjalanan
• anak hendak tidur, sedang tidur atau ketika baru bangun dari tidur
• selepas waktu mandi
• selepas solat bersama anak-anak
• selepas anak-anak membaca Al-Quran
• ibu bapa membaca Al-Quran, ditiupkan pada kepala anak dan dinasihatkannya

16. Ibu bapa hendaklah bertahap-tahap dalam mendidik anak-anak mengikut tahap intelektual dan usia anak-anak berkenaan. Didikan pada anak juga hendaklah singkat, padat, bermanfaat dan tidak membosankan.

17. Pastikan anak-anak mematuhi perintah Allah dan meneladani sunnah yang dibawa dan diajarkan oleh junjungan besar Rasulullah s.a.w. Ibu bapa sentiasa memperbaiki amal ibadah dalam keluarga selaras dengan tuntutan agama.

18. Isi waktu lapang anak-anak dengan perkara-perkara dan kegiatan-kegiatan yang berfaedah . Jauhkan sama sekali dari melakukan hal-hal yang melalaikan.

19. Beri ruang kepada anak-anak untuk berdialog dengan ibu bapa secara terbuka tetapi dalam keadaan dan situasi yang penuh hikmah.

20. Rangsang kecerdasan minda anak-anak dengan pemakanan yang seimbang. Pastikan :
• adanya diet yang betul dan vitamin tambahan yang bersesuaian.
• makanan adalah halal , bersih dan tiada unsur-unsur subahat.
• banyak beriadah/bersenam untuk menjaga tahap kecergasan badan
• ajar teknik belajar dan berfikir yang betul

21. Doakan mereka berterusan secara positif sampai bila-bila dari mereka kecil hingga ke akhir hayatnya. Ibu bapa perlu sentiasa ingat bahawa apa yang ibu bapa fikirkan dan cakapkan pada anak-anak adalah doa yang sangat mustajab

SOURCE : Haji Dato Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

BELAJAR MENYINTAI DIRI SENDIRI

Filed under: INFO — MIRWAN @ 2:02 am

Pernakkah kamu merasakan rasa tidak puas hati dan sering merungut-rungut pada diri sendiri? Munghin kamu pernah, tetapi tidak perasan akan sikap buruk itu.

Untuk mengetahui jawapannya dengan tepat, perhatikan sahaja gelagat kamu bila setiap kali berada di hadapan cermin. Apakah reaksi kamu?
Tentu ada sahaja perkara yang kamu rasakan tidak kena tentang diri kamu. Sekiranya, kamu bersikap begitu, bermakna kamu tidak menyintai diri sendiri. Kamu harus mengubah sikap buruk itu. Di sini ada beberapa cara yang boleh membantu kamu bagaimana untuk menyintai diri. Cubalah cara-cara yang diberikan dan lihatlah perubahannya nanti.

1. Hentikan segala kritikan
Kritikan tidak akan mengubah sesuatu perkara.Hindari mengkritik diri sendiri. Terima diri kamu sebagai diri kamu sendiri. Setiap orang berubah. Apabila kamu mengkritik diri sendiri, perubahan yang kamu lakukan bersifat negatif. Apabila kamu meningkatkan diri sendiri, perubahan yang berlaku adalah positif. Jadi, mulai hari ini hentikan segala kritikan pada diri kamu.

2. Sokonglah diri sendiri
Cari jalan untuk menyokong diri sendiri. Kamu tidak akan berjaya tanpa sokongan. Dapatkan kawan-kawan dan benarkan mereka membantu. Mereka sangat berguna di saat-saat kamu memerlukan.

3. Pujilah diri kamu
Kritikan meruntuhkan kekuatan rohani. Sebaliknya pujian membangunkannya semula.Pujilah diri sebanyak mana yang kamu mahu. Katakan pada diri, kamu telah lakukan yang terbaik, walaupun perkara itu kecil sahaja. Setiap kali kamu memuji diri sendiri tentu kamu akan terasa bangga. Ini kerana kamu mulai sedar bahawa kamu juga mempunyai kelebihan.

4. Jangan menakutkan diri sendiri
Berhentilah daripada memikirkan perkara yang bukan-bukan. Ia menjadikan hidup kamu tidak gembira.Carilah satu imej yang menyenangkaan diri kamu dan serta merta tukar fikiran kamu yang selalu ketakutan itu kepada perkara yang menggembirakan.

5. Bersikap baik terhadap minda kamu
Membenci diri sendiri hanya akan merosakkan pemikiran kamu. Jangan membenci diri sendiri kerana mempunyai tanggapan begitu. Ubahlah cara berfikir kamu secara beransur-ansur.

6. Bersikap lemah lembut, baik hati dan sabar
Berlemah lembutlah terhadap diri sendiri. Bersikap pemurah pada diri sendiri. Banyakkan bersabar di saat kamu mempelajari cara baru berfikir. Layani diri kamu sebaik mungkin sebagaimana kamu mahu orang lain melayani kamu sedemikian rupa.

7. Usah membenci musuh-musuh kamu
Pujian yang kamu berikan kepada mereka boleh membantu apabila diperlukan nanti.Sekarang kamu perlu mencari jalan baru dan positif untuk memenuhi segala keperluan itu. Oleh itu bebaskan semua contoh-contoh negatif yang tidak berguna lagi.

8. Ambil berat tentang kesihatan
Pelajarilah tentang pemakanan. Apa jenis bahan bakar yang diperlukan oleh tubuh untuk mendapat tenaga dan daya hidup secara optimum? Pelajarilah mengenai senaman. Apa jenis senaman yang kamu rasa seronok untuk melakukannya? Pelihara dan sayangi tempat tinggal kamu.

9. Cermin diri
Pandanglah ke dalam mata kamu.Luahkan seluruh rasa cinta yang kamu miliki pada diri sendiri. Berdiri di hadapan cermin dan bercakap pada diri sendiri. Begitu juga dengan ibu bapa kamu. Sekurang-kurangnya sekali sehari ucapkan. “Saya sayangkan kamu. Saya benar-benar menyayangimu.”

ORANG YG MENCINTAI DIRINYA ADALAH ORANG BERSYUKUR KEPADA PENCIPTA-NYA.

Kerana Sehelai Bulu Mata

Filed under: Cerita Renungan Bersama — MIRWAN @ 1:32 am

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang
diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, “Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa ”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “INilah saksi-saksimu. ….”

Tiba2 mata berbicara, “Saya yg memandang,”

disusuli dengan telinga, “Saya yg mendengar perkara itu”

Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yg mencium”

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, “Saya yg merayu”

Lidah menambah dengan beran i, “Saya yang menjilat dan menghisap”

Tangan tanpa malu meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas”

Kaki pula menyusul, “Saya yg berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.” Malaikat menjawab dengan tenang, “Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”

PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL……. …..
WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT

March 2, 2010

eeee….kuku panjang!!!

Filed under: Cerita Renungan Bersama — MIRWAN @ 2:56 pm

ekarang ni ramai yang pakai cincin…tapi ikut suka dia je..
sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang…. bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut…. potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang
berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang
di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

AkU Percaya.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang
sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita
mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh
Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

February 15, 2010

MUHIBBAH TRAVEL??

Filed under: Bersukan Menyehatkan Badan & Fikiran — MIRWAN @ 12:59 pm

YANG NI LA LOGO MUHIBBAH TRAVEL…..BUKAN PERGI MELANCONG….TETAPI BERMAIN BADMINTON SAMBIL MAKAN ANGIN DI TEMPAT ORANG…best oo…

yg ni plk gelanggang yg di guna…tak cukup bagus berbanding yg di dalam dewan…tapi cukup kalau nak guna berlatih…atau bermain..sebelah rumah je ni…

semua yang di atas ni senjata perang.. senjata utk guna main la..

yang atas ni plk..pemain TEGAR kat rumah…ada lagi pemain tapi x ada gambar la…ada masa gua akan ambik gambar dia orang….

YANG NI SIAPA PLK…ADA MASUK KAT SINI DAH…..SAYA RASA NI LA budak muhibbah travel tu!!!!!…
MAJU LA MUHIBBAH TRAVEL UTK KAMPUNG…KENAL2 KAN SIKIT KAMPUNG DENGAN PEMAIN LUAR TU….JANGAN ASIK2 KAT BATU NIAH & BAKONG JE TEMPAT MAIN..

February 10, 2010

kampung muhibbah beruntung

Filed under: INFO — MIRWAN @ 6:00 pm

yg atas ni adalah jentera yg geng saya guna utk keluarkan buah sawit…utk lumba jga boleh ni..
kampung saya dekat je dgn kilang sawit. jd ada keistemewan la sikit kampung saya ni…

mahu tahu berita tentang kilang tu…baca je berita di bawah ni….copy n paste je..

MIRI: Kilang kelapa sawit milik Sarawak Plantation Berhad (SPB) di Niah berkemampuan memproses sebanyak 720,000 tan tandan buah kelapa sawit segar (FFB) setahun setelah dinaiktaraf sebagai kompleks pemperosesan yang moden.

Dengan perbelanjaan menaik taraf sebanyak RM61 juta, kilang ini berupaya memproses sebanyak 120 tan FFB dalam tempoh sejam berbanding 60 tan sejam di kilang lama.

Projek menaik taraf telah dimulakan pada Februari 2007 dan operasi komersil pertama setelah dinaiktaraf bermula 20 Disember lalu.

Kilang ini terletak di kilometer 75 jalan Miri-Bintulu dan telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada majlis penuh meriah semalam.

Hadir sama ialah isteri, Puan Sri Laila Taib, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Peter Chin Fah Kui dan Menteri Pembangunan Tanah, Dato Sri James Jemut Masing. Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif SPB, Datuk Hasmi Hassan dan Pengarah Urusan SPB, Mohamad Bolhair Reduan.

Taib dalam ucapannya menyampaikan ucap tahniah kepada SPB di atas usahanya menukar wajah kilang itu yang juga mesra alam serta usaha aktifnya menggalak penyertaan penduduk di bahagian Miri dan Bintulu terlibat dalam penanaman kelapa sawit secara komersil.

Beliau juga berbangga kerana SPB telah berjaya meningkatkan keuntungan dari RM60 juta pada tahun 2006 kepada lebih RM70 juta pada tahun lalu.

Ini menunjukkan bahawa pengurusan SPB adalah pengurusan yang baik, pekerja atas dan bawah telah berusaha bersungguh-sungguh. SPB beruntung dapat dua daripada pengusaha bumiputera yang terkemuka di Sarawak iaitu Hamed Sepawi (Pengarah Eksekutif) dan Hasni Hasnan.

Mereka telah berjaya untuk menyusun semula Sarawak Palm Oil (SOP) dahulu yang mempunyai banyak masalah menjadi satu syarikat `public interest company??? dan syarikat kini mempunyai lebih 60,000 ekar tanah kelapa sawit dalam 13 estet, katanya.

Mereka sedang mengusaha hampir 4,000 ekar estet bumiputera supaya memajukan lagi orang yang ada niat baik berniaga dengan mereka dan dapat untung daripada kerjasama dengan mereka,??? jelasnya.

Menurut Taib, kerajaan perlu membuka lebih banyak tanah di luar bandar untuk dibangunkan sebagai pusat pertanian komersil yang memberi peluang pekerjaan baru kepada rakyat khasnya belia.

Mengulas lanjut, dalam tahun 60 an, kerajaan tidak dapat membuka kebun sampai 3,000 ekar dalam tempoh lima tahun dan dalam tahun 70 an hanya Sarawak Oil Palm (SOP) yang dapat membuka hampir 50 ribu ekar untuk penanaman kelapa sawit. Inilah adalah tidak cukup bagi mengusahakan kemajuan dalam negeri kita dalam bidang pertanian yang boleh mengangkat taraf hidup rakyat. Kita perlu buka tanah baru, jelasnya. Kini, Taib bersyukur kerana banyak tanah di luar bandar yang sebelum ini hutan rimba telah bertukar menjadi ladang kelapa sawit yang menguntungkan rakyat.

Beliau berbangga dengan kejayaan salah seorang kaum Penan, Datuk Hassan Sui dalam industri kelapa sawit dan berharap dapat dicontohi kaum bumiputera lain.

Hassan kini mempunyai estet sendiri dan boleh mengeluar sampai 70,000 tan buah kelapa sawit setiap tahun

Ini telah menunjukkan bagaimana kita?? telah pun menukar kawasan ini daripada kawasan yang dulunya mundur menjadi kawasan yang mengeluarkan hasil yang baik bagi rakyat di luar bandar,??? katanya lagi.

Majlis turut menyaksikan penyerahan pembayaran dividen RM500,000 kepada peserta projek Jambatan Suai NCR dan RM486,000 hasil jualan FFB kepada peserta Estet Mini Kelapa Sawit di Lot 86 Bukit Kisi.

SPB juga menyampaikan sumbangan kepada PIBG SK Kelapa Sawit 2,3,4 dan 5, PIBG SK SLDB No 1 dan 3 Mukah dan PIBG Sri Duan Mukah yang masing-masing menerima RM5,000. SPB juga menderma sebanyak RM20,000 kepada Jawatankuasa Surau Darul Iman Kampung Satap.

Seramai lebih 5000 tetamu terdiri dari kakitangan SPB dan penduduk dari kawasan sekitar menghadiri majlis itu.

###sebelah je tu..beruntung tinggal di kampung muhibbah ni…..banyak peluang perkerjan..
maju la sawit untuk kita..

January 31, 2010

Aku Kisah

Filed under: Uncategorized — MIRWAN @ 9:52 pm

Kurma/ Kismis / Madu yg mana satu??? janji ada dimakan & niat kena betul

Filed under: INFO — MIRWAN @ 2:34 pm

Kurma/ Kismis / Madu Sabda Rasulullah s.a.w “Berilah makan buah kurma
kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu
memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak
yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.

” Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali
jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan
memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga
dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya
memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak
mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah
s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang
harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak
merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di
dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”. Nabi Muhammad SAW
bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia
melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi
seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”. Abu Abdillah a.s.
bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan
dapat mensirnakan pengaruh sihir”. Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang
memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia
tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”. Imam Ja’far
Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka
cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

2) KISMIS Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah
sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan
tertimpa penyakit kecuali kematian”. Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan
(empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan,
membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”. Imam Ali a.s.
bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan
melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”. Imam Ali a.s. bersabda:
“Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan
panas dan memulihkan kesehatan jiwa”. Pada riwayat lain dari Abi Ja’far
At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan
jiwa”.

3) MADU Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan
dengan niat melakukan nasihat *panduan* Al-Qur’an, maka Allah SWT akan
menyembuhkannya dari 77 penyakit”. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa
ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”. Nabi Muhammad
SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu karana dia dapat
mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu
dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan
oleh 70 Nabi”. Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah ubat dari
segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir
dan membersihkan hati”. Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
“Rasul saw sangat menyenangi madu”. Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s.,
beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu
dan membaca Al-Quran”.

Cuba amalkan, kalau tidak mampu beli madu (madu asli), kurma dan kismis pun jadi la. Harga dua benda tu bukannya mahal pun.

TARIKAN LELAKI @ LELAKI DI TARIK

Filed under: Cerita Renungan Bersama, INFO — MIRWAN @ 2:17 pm

Golongan Lelaki yg Akan Ditarik masuk Ke dalam Neraka
Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh
wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan
tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya
didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar
solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak
menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja.
Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak
perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup
aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka
bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul!
bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan
kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg
alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka
dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri
tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau
menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yg kau akan
sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.)

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke
bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya
mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran
Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu,
dan jgn ingat kau terlepas… kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat
kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat… dan tidak menutup
aurat.)
****takut plk, dah la banyak adik…harap2 la sebua mjadi orang yg beriman dapat tarik ke syurga.*********

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram
disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata
dan sebagainya…maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di
akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu…. nasihatilah dia jika
tersalah atau terlupa…. krn ibu juga insan biasa… x lepas dr melakukan
dosa… selamatkanlah dia dr menjadi ‘kayu api’ neraka….jika tidak, kau
juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah…..betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah
diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar
ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah
S.W.T; “Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka
dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu….”

Fikir2 kan la…..
Diperolehi daripada sumber yg boleh dipercayai.

January 23, 2010

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL..

Filed under: Cerita Renungan Bersama — MIRWAN @ 8:29 pm

BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA…HIDUP
SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JNG TERUSAN DLM KEJAHILAN.

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 – 5.

Perkahwinan  seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya  memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat Tahu anak pregnant  luar  nikah, cepat cepat  kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila… .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di  sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia  mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.>

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.>

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat… .

sumbangan:

USTAZ ROSLI AL HAFIZ.

PETUA DAN KESIHATAN JANGKA PANJANG

Filed under: INFO — MIRWAN @ 8:22 pm

Menurunkan Darah Tinggi
62. Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
63. Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
64. Makanlah biji buah Peria.
65. Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
66. Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
67. Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.
68. Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
69. Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
70. Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

71. Juga Untuk Menurunkan Darah Tinggi
Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan, selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali. Amalkan selama tiga hari, selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan. Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.

72. Menghilangkan Kencing Manis
Hari ini ramai dikalangan kita menghadapi masalah kencing manis tidak kira tua atau muda, lebih-lebih lagi dengan pemakanan kita pada hari ini yang semuanya manis-manis belaka. Jadi petua yang saya dapat ini agar dapat kita kongsi bersama-sama. Caranya mudah sahaja, iaitu dapatkan ubi kentang biasa rebus ( tanpa garam atau bakar menggunakan ( Oven ) apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan ( sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi ). Rahsianya tentang ubi kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin berlebihan yang ada didalam badan. Contohnya apabila masakan seperti kari anda terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari tadi dan hasilnya segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan dapat perbezaan sekirannya anda menghadap! i penyakit kencing manis dan orang yang sihat pun boleh mencuba sebagai pencegahan awal.

73. Mengurangkan dan Menghilangkan Sakit Gastrik
Jika anda kerap mengalami masalah gastrik ( pasti anda tidak mengambil makanan mengikut jadual), amalkan makan tepat pada masanya, contoh : jika makan tengahari anda pukul 12.00, begitu juga hendaknya pada hari-hari berikutnya tanpa berlengah. Lama-kelamaan… insyallah gastrik akan hilang… ia daripada pengalaman saya sendiri…kini gastrik tiada lagi!

74. Tajamkan Penglihatan
Amalkan hidup anda dengan meminum air suam setiap hari, mandi pada waktu subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan siramkan air dari hujung kaki hingga kepala. Makanlah buah-buahan seperti epal, anggur dan lobak putih serta banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan serba hijau seperti pokok, dan selalu menghadap ke kiblat.

75. Melawaskan Kencing
Untuk melawaskan kencing, ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong bersama akarnya, direbus sekali. Selepas air itu menjadi suam, amalkan meminum ayer itu. InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang, ia akan memecahkan batu karang tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia mencegah dari mendapat penyakit batu karang.

76. Menurunkan Darah Tinggi
Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi. Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon pada Allah. Kedua ambil beberapa ulas bawang putih, mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari, Insyaallah dengan izin Allah, selamat mencuba.

77. Menghilangkan Sakit Kencing Manis
Jika ada mengalami sakit kencing manis, sila ambil beberapa helai daun jarak rebus sehingga mendidih dan bersanguhlah/bertengkumus ( bertengkumus maksudnya berselubung ) selama setengah jam, sehingga badan berpeluh pada setiap pagi iaitu sebelum matahari terbit. ( Semasa bersanguh / bertengkumus atau berselubung mestilah tanpa memakai baju). Dan amalkanlah selama satu bulan.

PETUA KECANTIKAN WAJAH

Filed under: INFO — MIRWAN @ 8:13 pm

34. Menghilangkan Parut Jerawat

Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

35. Menghilangkan Tahi Lalat

Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!

36. Bibir Merah Semulajadi

Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

37. Melebatkan Bulu Kening

Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

38. Licin Berseri

Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

39. Naikkan Seri Wajah/Muka

Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu…..

40. Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata

Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

41. Menghilangkan Lebam Bawah Mata

Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk.. cuba lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

42. Melicinkan Wajah

Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

43. Memerahkan Bibir Yang Hitam

Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

44. Menghilangkan Lebam di Bibir

Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.

45. Memerahkan Bibir

Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih

46. Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu Kening

Caranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

47. Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak

1. Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada

tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.

2. Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi

insyaallah mujarab.

48. Mencantikkan Kulit Muka

Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.

1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering

2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn

tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan

menegangkan kulit muka yang kendur.

49. Menyerikan Wajah

Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

50. Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat

Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin mengamalkannya…Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

51. Petua Awet Muda

Bangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

52. Muka Berseri

Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

53. Sentiasa Muda

Ramai wanita yang ingin nampakmuda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda

54. Nampak Muda

Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita. Dan anda juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu sedekah. Selamat mencuba.

55. Sentiasa Awet Muda

Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda. Itu je terima kasih.

56. Kulit Sentiasa Tegang

Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.

57. Muda Jelita Sentiasa

Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan Ulam-Ulam yang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar. Ulam – ulaman yang saya maksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda. Selamat mencuba petua ini.

58. Wajah Jelita

Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain

59. Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening

Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda. Insyallah……lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.

60. Memutihkan Kulit Muka

Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

61. Menghaluskan Kulit Muka

Petua ini diberikan oleh guru saya iaitu En. Alias Hamdan. Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu. Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Filed under: INFO — MIRWAN @ 7:24 pm

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan
berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan
limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam
jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat.
Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit

Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

Filed under: INFO — MIRWAN @ 7:07 pm

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil,
tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini
menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada
kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan
makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit
dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan
enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti
anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam
bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian,
mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka
yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara
perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah
dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan
kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-
gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti
ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman
masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan
kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika
anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam
bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat
kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan
dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda
makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda
boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh
membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda
untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus
memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit
minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran
dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin
tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak
makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan
membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu
kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan
santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak.
Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan
keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan
dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan
dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing.
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,
kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan
otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik
dan merampingkan paha.

Older Posts »

Blog at WordPress.com.